Welcome To Our Blog

Welcome To Our Blog

Jumaat, 18 Mac 2011

Pengalaman Sepanjang Program Kami Berlangsung.


   Pada 3/2/2011 hingga 5/2/2011  kami ahli Kelab Kembara Kolej Profesional Mara Indera Mahkota(Ke-KoPRA Team) atau nama lainnya Adventure MPCIM Club telah menjalankan satu program Latihan Pendakian Gunung Kinabalu Siri 2 Ekspedisi Belantara Gunung Datuk (2900’) tahun 2011 yang bertempat di Hutan Lipur Gunung Datuk , Rembau, Negeri Sembilan. Program tersebut adalah dengan kerjasama Eco-Tec Explorer Daerah Kuantan,Pahang. Program itu juga berlangsung selama tiga hari . Seramai 47 peserta iaitu 35 orang kelab yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 23 orang perempuan, 6 orang jurulatih daripada kalangan ahli Eco-Tec Explorer serta 6 orang yang terdiri daripada penasihat kelab, pensyarah dan pegawai pentadbiran kolej.

  Perjalanan kami dari kolej ke Hutan Lipur Gunung Datuk mengambil masa selama 6 jam termasuk waktu berhenti rehat sementara dalam perjalanan.Sebanyak 8 buah pengangkutan yang disediakan untuk kami iaitu 4 buah van dan 4 buah kereta.Ketika dalam perjalanan , iaitu waktu kami berhenti rehat , kami sempat singgah di beberapa buah gerai dan restoran bagi menampung bekalan kami untuk di bawa bersama ke tempat aktiviti kami. Di samping itu juga, memandangkan semua ahli kami adalah muslim dan muslimat, maka tanggungjawab yang wajibditunaikan kami tidak tinggalkan. Oleh itu kami telah singgah di sebuah masjid jamek yang berada dalam kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Di sana kami telah menunaikan solat jamak secara berjemaah.Kemudian kami mengambil masa untuk makan petang di sebuah gerai makanan yang terletak di hadapan masjid tersebut.

  Setelah selesai makan petang kami semua pun meneruskan perjalanan kami sehingga sampai ke destinasi yang kami tuju.Sebaik sahaja sampai ke destinasi itu, kami pun turun dari kenderaan masing-masing dan kami juga diarahkan mengambil haverset kami untukdibawa ke dalam dewan taklimat yang terdapat di Hutan Lipur Gunung Datuk di sana. Di samping itu kami mengambil masa untuk menikmati keindahan alam yang terdapat di sana sebelum aktiviti seterusnya dilaksanakan. Kami sampai ke destinasi pada jam 4.40 petang. Dalam beberapa minit kemudian kami diarahkan untuk mengumpul haverset kami milik masing-masing untuk diletakkan di atas stage yang ada di dewan itu. Kemudian kami diberi taklimat tentang pendakian. Taklimat telah disampaikan oleh penyelia tapak Hutan Lipur Gunung Datuk iaitu Encik Rahman. Dalam taklimat tersebut beliau telah menyelitkan beberapa perkara seperti sejarah Gunung Datuk, teknik-teknik mendaki dengan baik dan pantang larang kawasan pendakian.

  Sesudah taklimat disampaikan kami diberi peluang menikmati rasa mandi air terjun yang dikatakan puncanya adalah turun dari gunung di sana. Oleh itu kami tidak melepaskan peluang itu begitu sahaja.Malah ketika bermandi-manda kami sempat bermain-main simbahan air antara kami. Keadaan air itu pun memang sejuk sehingga ramai antara kami yang mengigil kesejukan ketika bermandi-manda di sana. Walaupun keadaan airnya sejuk tetapi ianya sungguh menggembirakan kami.

  Apabila kami selesai bermandi -manda kami pun bersiap sedia untuk menunggu waktu maghrib bagi menunaikan solat jamak secara berjemaah. Sementara itu, bagi peserta perempuan yang Allah Bagi Cuti mereka ditugaskan untuk memasak dan menyediakan BBQ sebagai hidangan makan malam kami di sana. Manakala peserta lain yang selesai solatnya mereka juga turut bekerjasama membantu mereka yang memasak itu. Terdapat juga sebilangan daripada kami yang duduk beristirehat berborak-borak kosong sambil menunggu hidangan BBQ siap disediakan. Selang beberapa minit kemudian hidangan BBQ telah siap disediakan. Akan tetapi sebelum menikmati hidangan itu bersama, sedikit taklimat telah disampaikan oleh salah seorang jurulatih kami iaitu Encik Azrul Azizi Bin Ibrahim(Abang Ji) bagi menyempurnakan majlis makan malam tersebut. Maka daripada itu majlis makan malam kami juga telah diiringi dengan bacaan doa seterusnya telah kami sempurnakan bersama-sama.

 Selepas majlis makan malam itu selesai, kami diarahkan berada dalam kumpulan masing-masing untuk menerima beberapa pesanan daripada jurulatih utama kami sebelum sampai waktu untuk tidur. Jurulatih mengkehendaki kami supaya mengetahui dan mengenali bakal jurulatih bagi setiap kumpulan . Dalam sesi itu kami juga perlu mengetahui serta mengenali sedikit latar belakang jurulatih dan ahli dalam kumpulan masing-masing. Kemudian kami dikehendaki mengenalkan diri, ahli dalam kumpulan dan juga jurulatih kepada kumpulan yang lain. Tamat sesi pengenalan itu, kami juga dikehendaki mengemas dan membawa masuk barang-barang atau bekalan makanan dan minuman keperluan ke dalam haverset masing-masing mengikut kumpulan. Hal ini kerana barang-barang tersebut akan dibawa bersama ketika pendakian dijalankan.


 Tepat pada jam 12 tengah malam kami diarahkan untuk tidur dan tidak dibenarkan berjaga malam atau tidur lewat kerana sesi pendakian akan bermula pada esok pagi keesokan harinya. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi, masing-masing baru bangun daripada tidur dan ada juga sebilangan daripada kami yang telah bangun awal bersiap sedia untuk solat subuh secara  berjemaah. Kemudian kami diberi masa untuk berehat sekejap sambil mengemaskan barang-barang peribadi sama ada ianya perlu dibawa bersama ketika sesi pendakian atau sebaliknya. Lantaran itu, kami juga bersiap-siapkan diri dengan mandi pagi  juga bantu-membantu  menyediakan sarapan dan minum pagi. Selesai sarapan dan minum pagi kami diminta berkumpul di luar dewan bersama haverset masing-masing untuk menjalani satu sesi latihan awal pendakian mengelilingi kawasan dewan sebelum memulakan pendakian. Sebanyak 20 kali pusingan  yang kami kelilingi. Sesudah itu kami diberi sedikit masa untuk melepaskan segala hajat sebelum pendakian bermula. 

 Kemudian tibalah masanya untuk kami memulakan pendakian. Sesi pendakian kami dimulakan dengan doa selamat dan ketika itu kami dikehendaki mengikut jurupandu utama. Sementara itu kami dikehendaki bergerak dalam kumpulan masing-masing. Jurupandu utama bersama jurulatih-jurulatih utama memulakan gerakan dahulu diikuti dengan peserta kumpulan 1 beserta jurulatih mereka, kemudian diikuti pula dengan kumpulan 2 juga bersama jurulatih mereka, seterusnya kumpulan 4 bersama jurulatihnya dan akhirnya diikuti pula oleh kumpulan 3 bersama jurulatih kumpulan dan pensyarah-pensyarah kami yang terlibat sama.
  

1 ulasan:

  1. Maaflah kwn2 ea, cite ni blom abis lg..nti lah Insya Allah ade mase nti sy completekn cite nyer ye..hehehe..trime kasih...:)

    BalasPadam