Welcome To Our Blog

Welcome To Our Blog

Jumaat, 18 Mac 2011

Pengalaman Sepanjang Program Kami Berlangsung.


   Pada 3/2/2011 hingga 5/2/2011  kami ahli Kelab Kembara Kolej Profesional Mara Indera Mahkota(Ke-KoPRA Team) atau nama lainnya Adventure MPCIM Club telah menjalankan satu program Latihan Pendakian Gunung Kinabalu Siri 2 Ekspedisi Belantara Gunung Datuk (2900’) tahun 2011 yang bertempat di Hutan Lipur Gunung Datuk , Rembau, Negeri Sembilan. Program tersebut adalah dengan kerjasama Eco-Tec Explorer Daerah Kuantan,Pahang. Program itu juga berlangsung selama tiga hari . Seramai 47 peserta iaitu 35 orang kelab yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 23 orang perempuan, 6 orang jurulatih daripada kalangan ahli Eco-Tec Explorer serta 6 orang yang terdiri daripada penasihat kelab, pensyarah dan pegawai pentadbiran kolej.

  Perjalanan kami dari kolej ke Hutan Lipur Gunung Datuk mengambil masa selama 6 jam termasuk waktu berhenti rehat sementara dalam perjalanan.Sebanyak 8 buah pengangkutan yang disediakan untuk kami iaitu 4 buah van dan 4 buah kereta.Ketika dalam perjalanan , iaitu waktu kami berhenti rehat , kami sempat singgah di beberapa buah gerai dan restoran bagi menampung bekalan kami untuk di bawa bersama ke tempat aktiviti kami. Di samping itu juga, memandangkan semua ahli kami adalah muslim dan muslimat, maka tanggungjawab yang wajibditunaikan kami tidak tinggalkan. Oleh itu kami telah singgah di sebuah masjid jamek yang berada dalam kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Di sana kami telah menunaikan solat jamak secara berjemaah.Kemudian kami mengambil masa untuk makan petang di sebuah gerai makanan yang terletak di hadapan masjid tersebut.

  Setelah selesai makan petang kami semua pun meneruskan perjalanan kami sehingga sampai ke destinasi yang kami tuju.Sebaik sahaja sampai ke destinasi itu, kami pun turun dari kenderaan masing-masing dan kami juga diarahkan mengambil haverset kami untukdibawa ke dalam dewan taklimat yang terdapat di Hutan Lipur Gunung Datuk di sana. Di samping itu kami mengambil masa untuk menikmati keindahan alam yang terdapat di sana sebelum aktiviti seterusnya dilaksanakan. Kami sampai ke destinasi pada jam 4.40 petang. Dalam beberapa minit kemudian kami diarahkan untuk mengumpul haverset kami milik masing-masing untuk diletakkan di atas stage yang ada di dewan itu. Kemudian kami diberi taklimat tentang pendakian. Taklimat telah disampaikan oleh penyelia tapak Hutan Lipur Gunung Datuk iaitu Encik Rahman. Dalam taklimat tersebut beliau telah menyelitkan beberapa perkara seperti sejarah Gunung Datuk, teknik-teknik mendaki dengan baik dan pantang larang kawasan pendakian.

  Sesudah taklimat disampaikan kami diberi peluang menikmati rasa mandi air terjun yang dikatakan puncanya adalah turun dari gunung di sana. Oleh itu kami tidak melepaskan peluang itu begitu sahaja.Malah ketika bermandi-manda kami sempat bermain-main simbahan air antara kami. Keadaan air itu pun memang sejuk sehingga ramai antara kami yang mengigil kesejukan ketika bermandi-manda di sana. Walaupun keadaan airnya sejuk tetapi ianya sungguh menggembirakan kami.

  Apabila kami selesai bermandi -manda kami pun bersiap sedia untuk menunggu waktu maghrib bagi menunaikan solat jamak secara berjemaah. Sementara itu, bagi peserta perempuan yang Allah Bagi Cuti mereka ditugaskan untuk memasak dan menyediakan BBQ sebagai hidangan makan malam kami di sana. Manakala peserta lain yang selesai solatnya mereka juga turut bekerjasama membantu mereka yang memasak itu. Terdapat juga sebilangan daripada kami yang duduk beristirehat berborak-borak kosong sambil menunggu hidangan BBQ siap disediakan. Selang beberapa minit kemudian hidangan BBQ telah siap disediakan. Akan tetapi sebelum menikmati hidangan itu bersama, sedikit taklimat telah disampaikan oleh salah seorang jurulatih kami iaitu Encik Azrul Azizi Bin Ibrahim(Abang Ji) bagi menyempurnakan majlis makan malam tersebut. Maka daripada itu majlis makan malam kami juga telah diiringi dengan bacaan doa seterusnya telah kami sempurnakan bersama-sama.

 Selepas majlis makan malam itu selesai, kami diarahkan berada dalam kumpulan masing-masing untuk menerima beberapa pesanan daripada jurulatih utama kami sebelum sampai waktu untuk tidur. Jurulatih mengkehendaki kami supaya mengetahui dan mengenali bakal jurulatih bagi setiap kumpulan . Dalam sesi itu kami juga perlu mengetahui serta mengenali sedikit latar belakang jurulatih dan ahli dalam kumpulan masing-masing. Kemudian kami dikehendaki mengenalkan diri, ahli dalam kumpulan dan juga jurulatih kepada kumpulan yang lain. Tamat sesi pengenalan itu, kami juga dikehendaki mengemas dan membawa masuk barang-barang atau bekalan makanan dan minuman keperluan ke dalam haverset masing-masing mengikut kumpulan. Hal ini kerana barang-barang tersebut akan dibawa bersama ketika pendakian dijalankan.


 Tepat pada jam 12 tengah malam kami diarahkan untuk tidur dan tidak dibenarkan berjaga malam atau tidur lewat kerana sesi pendakian akan bermula pada esok pagi keesokan harinya. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi, masing-masing baru bangun daripada tidur dan ada juga sebilangan daripada kami yang telah bangun awal bersiap sedia untuk solat subuh secara  berjemaah. Kemudian kami diberi masa untuk berehat sekejap sambil mengemaskan barang-barang peribadi sama ada ianya perlu dibawa bersama ketika sesi pendakian atau sebaliknya. Lantaran itu, kami juga bersiap-siapkan diri dengan mandi pagi  juga bantu-membantu  menyediakan sarapan dan minum pagi. Selesai sarapan dan minum pagi kami diminta berkumpul di luar dewan bersama haverset masing-masing untuk menjalani satu sesi latihan awal pendakian mengelilingi kawasan dewan sebelum memulakan pendakian. Sebanyak 20 kali pusingan  yang kami kelilingi. Sesudah itu kami diberi sedikit masa untuk melepaskan segala hajat sebelum pendakian bermula. 

 Kemudian tibalah masanya untuk kami memulakan pendakian. Sesi pendakian kami dimulakan dengan doa selamat dan ketika itu kami dikehendaki mengikut jurupandu utama. Sementara itu kami dikehendaki bergerak dalam kumpulan masing-masing. Jurupandu utama bersama jurulatih-jurulatih utama memulakan gerakan dahulu diikuti dengan peserta kumpulan 1 beserta jurulatih mereka, kemudian diikuti pula dengan kumpulan 2 juga bersama jurulatih mereka, seterusnya kumpulan 4 bersama jurulatihnya dan akhirnya diikuti pula oleh kumpulan 3 bersama jurulatih kumpulan dan pensyarah-pensyarah kami yang terlibat sama.
  







Laporan Aktiviti Kami Baru-baru Ini:





Selasa, 15 Mac 2011

Peralatan Perkhemahan.


Keperluan peralatan untuk sesuatu perkhemahan bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa berkhemah, tempat & bilangan peserta. Di bawah, disenaraikan peralatan asas yang perlu dibawa untuk memastikan perkhemahan kami selamat & selesa.

Antara peralatan-peralatan persendirian yang dibawa semasa perkhemahan:-

  1. Beg galas (haverset)
  2. Messtin
  3. Sudu/ garfu
  4. Lampu suluh/bateri
  5. Botol air/bekas minuman
  6. Buku catatan
  7. Selipar
  8. Sun block losyen
  9. Ubat-ubatan persendirian
  10. Sleeping beg
  11. Baju sejuk/sweater
  12. Pakaian ekspedisi hutan
  13. Pakaian untuk tidur
  14. Pakaian bersih
  15. Sarung tangan
  16. Stokin tebal
  17. Kasut yang sesuai untuk pengembaraan hutan.
  18. Tuala mandi
  19. Pakaian dalam
  20. Plastik sampah
  21. Peralatan mandi
  22. Peralatan memasak persendirian mengikut keperluan
  23. Bekalan makanan mengikut keperluan
  24. Kad pengenalan& passport
  25. Wang saku secukupnya


Nota:-

Para peserta diingatkan barang-barang tersebut merupakan keperluan asas & bolehlah ditambah sekiranya perlu.Penambahan barang-barang yang tidak per lu hanya akan menambahkan beban anda. Jika membawa berat yang berlebihan akan menyebabkan pergerakan kita menjadi lambat & akan cepat kepenatan.Dengan itu,bawalah keperluan seminimun yang mungkin. Jumlah yang paling sesuai untuk memikul beban bagi perjalanan jarak jauh ialah 1/3 berat badan anda.

Peserta juga diingatkan untuk patuh kepada peraturan sekiranya pesera ingin berkhemah dengan selesa & selamat.


Pemplate Peralatan Perkhemahan.


Lain-Lain...

Berikut adalah beberapa lampiran aktiviti  yang dapat kami kongsikan bersama anda di muka yang seterusnya :-

Isnin, 14 Mac 2011

Sehari Sebelum Pendakian Bermula.(Lampiran Aktiviti)

Di Kaki Gunung Datuk(Chalet)

Dewan Taklimat

Taklimat Pendakian

Taklimat Pendakian

Nikmat  Mandi Air Terjun

Bekerjasama mnyediakan BBQ.
Beristirehat sambil menunggu makan malam (BBQ)

Taklimat sebelum menikmati BBQ
Menikmati BBQ beramai-ramai.
Menikmati BBQ beramai-ramai.

Sebelum Pendakian Bermula.

  
Sesi Latihan Pendakian Sebelum Pendakian Bermula.

Taklimat Sebelum Memulakan Pendakian.


Ketika Dalam Pendakian.

Pendakian Bermula..                              





      

Berselisih Dengan Pelancong Asing Dari Australia.





Berehat Sebentar Menikmati Bumi Hijau.














Pendakian Diteruskan.





Semasa Berada Di Base Camp.

Kami Bekerjasama Mendirikan Khemah.
Beberapa buah khemah yang telah  kami dirikan.

Suasana Malam di Base Camp 

 Sarapan Pagi yang disediakan Sebelum Mendaki Ke Puncak.

Menunggu Untuk Sarapan Pagi Sebelum Mendaki Ke Puncak.

Saksikan.....



Aktiviti yang dilaksanakan di waktu malam semasa berada di Base Camp yang sempat dirakamkan.

Ahad, 13 Mac 2011

Ketika Pendakian Ke Puncak Gunung Datuk.






Kejayaan Semua Pendaki Mendaki Puncak Gunung Datuk.

Kumpulan 1


Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Ahli MT, Lecturer  & Eco-Tec Explorer 

Lecturer  & Eco-Tec Explorer 
Kejayaan Bersama..."Hoorayy!!!!!"








Pemandangan Di Puncak Gunung Datuk.
















Lagenda  Di Puncak Gunung Datuk.


Lagenda Tapak Kaki Hang Tuah.

Ahad, 6 Mac 2011

PENGHARGAAN.

   Terima Kasih kami ucapkan kepada anda semua yang melayari laman blog kelab kami ini. Harapan kami adalah anda dapat mengetahui dan berpengalaman menempuhi cabaran dan kesulitan dalam sesuatu aktiviti pengembaraan yang diadakan oleh mana-mana pihak atau kumpulan sama ada dalam keluarga mahupun rakan-rakan, rombongan sesuatu kelab atau daripada pihak lain seperti yang telah kami kongsikan bersama anda dalam laman blog kami ini. Semoga segala informasi yang kami kongsikan ini memberi manfaat kepada anda semua.